smb.jpg (10529 bytes)


Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Belitong terletak di
gugusan Felda Ulu Belitong, kira-kira 25 km dari bandar Kluang
menghala ke Kota Tinggi. Ia terletak di satu tapak di lereng bukit
yang dikelilingi oleh kawasan kediaman berpusat, pejabat
pentadbiran FELDA,
masjid dan CBD (Central Business District) kawasan ini.
Keluasan kawasan sekolah ini ialah 15.9 ekar.

Sekolah ini ditubuhkan pada 1 Disember 1994. Sebelum ini
pelajar-pelajar kawasan ini terpaksa bersekolah di SM Bandar
Tenggara Kulai, yang jaraknya kira-kira 30 km dari kawasan ini.

Ketika awal penubuhannya, sekolah ini hanya menampung 8 buah
kelas tingkatan 1 dengan pelajar seramai 270 orang. Pada bulan
berikutnya, 5 buah kelas lagi dibuka untuk menampung 210 orang
pelajar dari kawasan ini yang didatangkan dari SM Bandar
Tenggara.
Pada awal tahun 1996, seramai 110 orang lagi diterima dari SM
Bandar Tenggara untuk ditempatkan di dalam tingkatan 4, selain
daripada 300 orang pelajar baru tingkatan 1 dari SK Ulu Penggeli
dan SK Ulu Belitong. Pada 31 Januari 1996, jumlah pelajar ialah
seramai
905 orang dengan 42 orang guru. Pada akhir tahun 1997 jumlah
pelajar meningkat kepada
1320 orang dengan guru seramai 57 orang.Dan, pada 1 Oktober
1998, jumlah pelajar meningkat kepada 1423 orang dengan 71
orang guru.

Sebahagian besar pelajar datangnya dari tiga kawasan felda
terbesar di kawasan ini, iaitu Felda Ulu Penggeli yang terletak
kira-kira 4 km dari sekolah. Dua felda lagi, iaitu Felda Ulu Belitong
dan Felda Bukit Tongkat terletak di sekitar kawasan sekolah.
Selain daripada itu, pelajar-pelajar juga datang dari kawasan
Growth Pole baru di kawasan pembangunan Johor Tenggara ini
iaitu T6 atau Tenggara Enam juga dikenali sebagai Bandar
Gunung Lambak. Selain itu, anak-anak pekerja beberapa buah
ladang kepunyaan agensi kerajaan di sekitar kawasan ini juga
bersekolah di sekolah ini.